Menu

CEKAL HADAPI CABARAN TUGAS PENOLONG PEGAWAI PENYIASAT

Tugas sebagai penyiasat polis di bahagian siasatan jenayah memberikan pelbagai cabaran, tidak kira bagi anggota lelaki, mahupun wanita.

Bagi Sub Inspektor Zuraidah Abd Kadir, 55, yang kini bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Selangor, beliau tidak terlepas daripada pengalaman mencemaskan sepanjang 33 tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ibu kepada dua anak ini berkata, selama lebih 15 tahun dalam siasatan jenayah, beliau lebih berhati-hati apabila ada suspek yang menggunakan taktik meraih simpati ketika disiasat.

Akan bersara tidak lama lagi, Sub Inspektor Zuraidah berkata, pengalamannya dalam PDRM banyak mengajarnya erti kehidupan, malah beliau turut terhutang budi dan berterima kasih kepada ketua jabatan, pegawai serta rakan setugas yang membabtunya sejak mula berkhidmat.

Sumber : Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS