Menu

KEPOLISAN KOMUNITI ERAT HUBUNGAN PDRM DAN MASYARAKAT

Puchong, 3 Feb – Pendekatan serampang dua mata melalui konsep kepolisan komuniti yang diimplementasi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), mengukuhkan lagi hubungan dengan masyarakat melalui penganjuran program ‘High Profile Policing’ (HPP) sempena sambutan Tahun Baru Cina di sekitar Bandar Kinrara, pagi tadi.

Program tersebut merupakan anjuran Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang memperlihatkan usaha PDRM untuk mendekati masyarakat dan seterusnya menitikberatkan keselamatan awam.

Program HPP bertujuan merapatkan jurang antara polis dan masyarakat dan antara pengisiannya adalah dengan mengedarkan borang balik kampung sempena musim perayaan sebagai inisiatif menggalakkan masyarakat bersikap lebih peka dalam membanteras jenayah.

Program turut dihadiri oleh Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad, Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Razimi Ahmad, Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat, Encik Kuan Chee Heng, pegawai-pegawai kanan polis serta rakan media.

Antara lokasi yang dilawati adalah sekitar Pusat Komersil Bandar Kinrara, Institusi Perbankan dan Cherie Heart International Pre-School.

IMG_9466
Sesi bergambar kenangan..

IMG_9442
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad dan Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Razimi Ahmad mengedarkan borang balik kampung kepada orang ramai.

IMG_9511
Beramah mesra bersama kanak-kanak.

IMG_9545
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad mengedarkan borang balik kampung kepada orang ramai.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS