Menu

PDRM PERTINGKAT SISTEM PENGURUSAN LOKAP BERPUSAT

Kuala Lumpur, 3 Feb – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkatkan sistem pengurusan lokap berpusat di seluruh kontinjen dalam memastikan keselamatan dan pemantauan tahanan sementara menunggu prosedur undang-undang yang seterusnya.  

Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah dalam siri Lawatan Ke Lokap Berpusat Jinjang hari ini berkata, lokap berkenaan telahpun dilengkapi dengan sistem keselamatan  kamera litar tertutup (CCTV) dan cadangan pelaksanaan sistem ini akan diperluaskan ke seluruh Malaysia.

“Sebanyak 27 sel di tingkat satu di lokap ini mempunyai kemudahan ‘intelligent’ CCTV yang memberikan isyarat bunyi sekiranya berlaku kejadian di luar jangkaan seperti cubaan bunuh diri, pergaduhan dan sebagainya,”katanya

Dato’ Pahlawan Zulkifli berkata, inisiatif ini turut mendapat kerjasama daripada Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) dari segi keperluan logistik dengan membekalkan sistem CCTV yang berteknologi tinggi sekaligus menangkis persepsi negatif awam berkenaan kelemahan sistem keselamatan lokap di negara.

Hadir sama ke lawatan tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Tajudin Md Isa, Timbalan Pengarah 1, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), Dato’ Aidi Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif, MIMOS Berhad, Datuk Wahab Abdullah dan pegawai-pegawai kanan polis.


Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah bergambar kenangan di hadapan Lokap Berpusat Jinjang...


Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah menandatangani buku pelawat Lokap Berpusat Jinjang...


Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Tajudin Md Isa, Timbalan Pengarah 1, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), Dato’ Aidi Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif, MIMOS Berhad, Datuk Wahab Abdullah bergambar kenangan ...


Sesi penerangan berkenaan SMART Lock-up System....


Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah dalam sidang media beliau..


Antara tetamu kehormat yang turut hadir dalam sidang media..

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS