Menu

DUA LELAKI DICARI BANTU KES BUNUH PEKERJA BANK

Beluran - Polis sedang mengesan dua lelaki berhubung kes bunuh seorang pekerja bank yang ditemui mati di Telupid dekat sini kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V. Sivanathan berkata, kedua-dua lelaki yang dikenali sebagai Lan Osman dan Mohammad Shahril Syamsualam, masing-masing berusia 21 tahun dipercayai dapat membantu siasatan kes bunuh Henry Edoos, 43. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran di talian 089-511 222.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS