Menu

POLIS MUAR NAFI KES CULIK 13 MURID

Muar - Polis menafikan penyebaran laporan mengenai kes penculikan 13 murid di sebuah sekolah rendah di Bukit Pasir di sini tengah hari semalam seperti yang diviralkan menerusi media sosial, Facebook. 

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, difahamkan wanita terbabit dipercayai mengambil tujuh murid lelaki dan enam murid perempuan masuk ke dalam kereta miliknya.

"Kejadian itu memang benar, tapi ia bukan kes culik. Wanita itu dipercayai kurang siuman. Dia dikatakan membawa 13 murid sekolah, tujuh lelaki dan enam perempuan masuk ke dalam keretanya, sebelum membawa mereka meronda-ronda ke kawasan sekitar. Tapi kemudian dia menghantar mereka kembali ke kawasan sekolah dengan selamat," katanya.

Azman berkata, pihaknya yang menerima laporan mengenai kejadian itu kemudiannya menahan wanita terbabit dan merujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) bagi pemeriksaan tahap kesihatan mentalnya. 

Sumber : Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS