Menu

PAPAGOMO AKAN DISIASAT KES PUKUL WARGA ASING


Petaling Jaya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tindakan undang-undang tetap akan dikenakan terhadap penulis blog Papagomo yang menyerang seorang warga Pakistan dalam kejadian baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis memandang serius perkara itu walaupun kejadian membabitkan mangsa warga asing. Tambahnya lagi, tindakan tetap diambil dan polis menegaskan orang ramai agar tidak membuat tindakan sendiri.

Tindakan Papagomo atau Wan Mohd Azri Wan Deris dilihat menampar, menumbuk dan menendang seorang pekerja warga Pakistan dimuat naik di Facebook dalam satu rakaman berdurasi empat minit.

Sumber – Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS