Menu

WANITA DITAHAN SELEPAS HANTAR MAYAT BAYI KE HOSPITAL

Polis Johor menahan seorang wanita selepas dia menghantar mayat bayinya yang tidak cukup bulan di sebuah hospital di Batu Pahat. Bayi tersebut disyaki meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Din Ahmad, wanita terbabit ditahan bagi tujuan soal siasat kerana berdolak dalik dari awal tidak mengaku mayat bayi yang dibawa ke hospital konon bukanlah miliknya tetapi menjumpainya di sebuah stesen minyak.

Pihak Polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana dengan niat mahu mengelakkan anak daripada dilahirkan hidup atau hendak menyebabkan kematian selepas dilahirkan.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS