Menu

TUAH SEMBILAN PENGGUNA JALAN RAYA TERIMA SIJIL PENGHARGAAN

Kuala Lumpur, 19 Feb – Seramai sembilan pengguna jalan raya berhemah bertuah telah terpilih sebagai penerima sijil penghargaan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu Majlis Penganugerahan Surat Penghargaan sempena Op Selamat 8/2016 yang berlangsung di hub transit terbesar KL Sentral, di sini hari ini.

Penilaian pemandu berhemah telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu penunggang motosikal, pemandu motokar dan pemandu bas.

Dalam majlis yang sama, Johor Baharu Selatan telah diumumkan sebagai johan bagi anugerah daerah terbaik bagi Anugerah Daerah Terbaik diikuti Kota Setar dan Kuala Selangor.

Sementara itu, Kontinjen Johor telah merangkul gelaran johan bagi Anugerah Kontinjen Terbaik diikuti Perak dan Kelantan.

Penilaian bagi anugerah daerah dan kontinjen terbaik adalah berdasarkan catatan prestasi terbaik dari segi penurunan jumlah kes kemalangan maut yang melibatkan kematian disamping penurunan kes pecah rumah dalam kawasan jagaan masing-masing.

Penyampaian Sijil Penghargaan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

Hadir sama menyaksikan majlis itu adalah Pengerusi Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Malaysia Berhad, Tan Sri Dato’ Mohd Sheriff Mohd Kasim, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato Jalaluddin Abdul Rahman, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Dato’ Noorizah Haji Abd Hamid, Naib Presiden Eksekutif Malaysia Resource Corporation Berhad (MRCB), Dato’ Dell Akhbar Khan, Pegawai-Pegawai Kanan Polis dan rakan media.


Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim...


Antara tetamu utama yang hadir pada hari ini...
Pengacara majlis yang mengendalikan perjalanan program pada hari ini...


Ucapan daripada Timbalan Ketua Polis Negara...


Antara penerima-penerima Sijil Penghargaan Pengguna Jalan Raya Berhemah Dalam
 Op Selamat 8/2016...



Antara penerima-penerima Sijil Penghargaan Pengguna Jalan Raya Berhemah Dalam Op Selamat 8/2016...


Antara penerima-penerima Sijil Penghargaan Pengguna Jalan Raya Berhemah Dalam Op Selamat 8/2016...


Antara penerima-penerima Sijil Penghargaan Pengguna Jalan Raya Berhemah Dalam Op Selamat 8/2016...


Antara penerima-penerima Sijil Penghargaan Pengguna Jalan Raya Berhemah Dalam Op Selamat 8/2016...


Anugerah Daerah Terbaik - Johor Bahru Selatan..


Anugerah Kontinjen Terbaik - Johor


Upacara penyampaian cenderahati daripada Timbalan Ketua Polis Negara mewakili Polis Diraja Malaysia kepada Tan Sri Dato' Mohd. Sheriff Mohd Kassim..


Upacara penyampaian cenderahati daripada Timbalan Ketua Polis Negara mewakili Polis Diraja Malaysia kepada Datuk Dell Akhbar Khan..


Sesi bergambar kenangan...

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS