Menu

TERIMA BALASAN SELEPAS PERSENDA ANGGOTA POLIS


Alor Gajah - Tindakan seorang penunggang melakukan aksi mengangkat tayar hadapan motosikalnya bagi mempersendakan anggota polis memakan diri apabila dia cedera selepas kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas.

Malah, lelaki berusia 20-an yang dipercayai menunggang di bawah pengaruh alkohol itu menangis kerana risau dikenakan tindakan oleh sepasukan anggota polis akibat tindakannya itu.

Lelaki itu adalah antara 53 penunggang dan pembonceng motosikal ditahan bagi menjalani pemeriksaan dalam Op Samseng Jalanan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polls Daerah (IPD) Alor Gajah di Lebuh Alor Gajah Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Kawasan Perindustrian Pegoh, di sini, bermula 1 pagi semalam.

Sumber: Harian Metro


Leave a comment

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS