Polis Pahang berjaya menahan empat tokan dadah yang menjadikan sebuah rumah sewa sebagai markas pengedaran dadah di sekitar bandar Kuantan semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh, pihak polis turut menemui peti besi kecil yang mengandungi bungkusan plastik lut sinar bersama beg silang yang dipakai salah seorang suspek mengandungi dadah bagi tujuan pengedaran.
Ujian air kencing yang dilakukan terhadap semua suspek juga menunjukkan positif dadah jenis amphetamine dan kini mereka direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber: Utusan Malaysia