Menu

BERTINDAK KEJAM: POLIS KELANTAN MASIH MEMBURU PATMA

Polis Kelantan masih memburu seorang gadis Siam yang dikenali sebagai Patma kerana bertindak kejam memotong kemaluan kekasihnya seorang warga Indonesia sehingga parah dan kini masih dalam rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Ahmad Taufek Abdullah, pihak polis percaya suspek kini masih berada di di dalam daerah Gua Musang dan sejak Sabtu lalu pihak polis telah mengarahkan balai-balai di dalam daerah tersebut mempergiatkan usaha mengesan wanita terbabit.

Walaupun menyedari ianya disebabkan kes cemburu, namun motif kejadian kejam oleh wanita terbabit masih dalam siasatan pihak polis dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS