Polis Selangor percaya dapat menyelesaikan 26 kes pecah rumah dalam daerah Ampang setelah tertangkapnya 25 lelaki termasuk 14 warga Myanmar.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Hamzah Alias, kesemua suspek dalam lingkungan 30-an itu ditahan dalam operasi besar-besaran yang dilakukan oleh pihaknya bermula 21 sehingga 28 Februari lepas.
Dalam kesemua serbuan yang dibuat, pihak polis turut berjaya merampas semula sebuah kereta Proton Persona, alatan pecah rumah, pelbagai barangan elektronik, dan pelbagai jenis barangan emas.
Kesemua direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Sumber: Utusan Malaysia