Menu

POLIS PAHANG CEKUP PENGEDAR DADAH

Polis Pahang berjaya menahan seorang lelaki dan merampas sejumlah dadah serta sepucuk pistol tiruan di sebuah tempat letak kereta di Jalan Gambang, Kuantan, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP suspek yang berusia 42 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Cawangan Risikan Jenayah (D4) dan Unit Kereta Peronda (MPV) Polis Pahang.

Dalam operasi tersebut, pihak polis turut menjumpai alat penimbang dadah, 10 paket plastik lutsinar mengandungi dadah, tiga penyedut minuman dan satu keratan berisi serbuk dadah, wang tunai berjumlah RM606 yang disyaki hasil jualan dadah serta telefon bimbit.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS