Menu

LELAKI TIPU SOLAT BERJEMAAH UNTUK MENCURI DICEKUP


Melaka - Konon datang ke masjid untuk berjemaah tetapi rupa-rupanya mencuri.

Bagaimanapun perbuatan seorang lelaki yang juga penagih dadah di Masjid AJ-Abrar, Semabok di sini semalam berjaya dikesan ketika jemaah sedang menunaikan solat maghrib pada rakaat kedua kelmarin.

Pengerusi Masjid Al-Abrar, othman Baba berkata, lelaki berusia 41 tahun yang berkemeja T dan berketayap itu dicekup di ruang solat wanita oleh bilal dan beberapa jemaah lain selepas melihat suspek berada di ruang berkenaan melalui skrin sistem televisyen litar tertutup (CCTV) pada pukul 7.80 malam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamuluddin Kassim berkata, pemeriksaan mendapati suspek positif dadah jenis morfin. Menurut beliau, hasil semakan mendapati, suspek mempunyai rekod lampau berhubung kes dadah, pecah rumah, curi dan ceroboh.

Suspek kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS