Oleh : KPL Shareel Shahriman
Penyunting : Insp. Muhamad Asif Jamaludin
Kuala Lumpur, 11 Mac –Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) antara Timbalan Pengarah JSJK, CP Datuk Wira Hj. Hamza Taib kepada CP Dato’ Tajudin Md Isa telah berlangsung di aras 34, Menara 238, Kuala Lumpur, pagi tadi.
Majlis tersebut disaksikan oleh Pengarah JSJK, CP Dato’ Sri Mortadza Nazarene.
Menyingkap kembali sejarah perkhidmatannya, CP Datuk Wira Hj. Hamza Taib yang akan bersara wajib pada 13 Mac ini mula menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 16 Nov 1975 sebagai Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.
Antara jasa beliau yang paling diingati adalah keberanian beliau berdepan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu semasa menyandang jawatan sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah pada tahun 2013.
Beliau turut dianugerahkan Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada tahun 2014 lantaran sumbangan kepimpinan beliau dalam menangani insiden pencerobohan yang menggemparkan negara itu.
CP Dato’ Sri Mortadza Nazarene menyifatkan beliau sebagai seorang yang berdedikasi, bertanggungjawab dan berpegang teguh kepada prinsipnya, mudah dibawa berbincang serta harus dicontohi oleh semua warga PDRM yang lain.
Turut hadir dalam upacara tersebut adalah barisan pegawai kanan, anggota dan pegawai awam dari JSJK Bukit Aman.

CP Datuk Wira Hj. Hamza Taib menyerahkan tugasnya kepada CP Dato’ Tajudin Md Isa sambil disaksikan oleh CP Dato’ Sri Mortadza Nazarene.

CP Dato’ Sri Mortadza Nazarene ketika berucap.

CP Datuk Wira Hj. Hamza Taib ketika berucap.

CP Datuk Wira Hj. Hamza Taib berjabat tangan dengan warga JSJK sebelum meninggalkan majlis.

Sekitar majlis.

Sekitar majlis.

Lambaian terakhir daripada CP Datuk Wira Hj. Hamza Taib ketika meninggalkan majlis.