Alor Setar - Seorang penjenayah yang dipercayai terbabit pengedaran dadah menemui ajal dalam kejadian berbalas tembakan ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Rakyat, Mergong, di sini, awal pagi semalam.
Lebih mengejutkan ketika pemeriksaan di dalam keretanya, polis turut menemui bom tangan masih aktif, pelbagai jenis dadah dan pistol yang digunakan untuk menembak anggota polis.
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abd Jalil Hassan berkata, suspek memecut laju keretanya menyebabkan anggota polis mengejar, malah dia turut melanggar bahagian kiri depan kereta polis dalam cubaannya meloloskan diri.
Menurutnya, suspek juga melepaskan tiga das tembakan menyebabkan pihaknya terpaksa membalas tembakan itu untuk mempertahankan diri.
Sumber: Harian Metro