Polis Perak mengedarkan gambar dua saksi penting kes bunuh yang sedang dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Ipoh bermula 21 Mac ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Harith Kam Abdullah, kedua-dua saksi ini dipercayai berada di sekitar negeri Johor dan masing-masing berusia 47 dan 27 tahun.
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berkenaan kedua-dua individu seperti di dalam lampiran diminta untuk menghubungi ASP Seah Chong Seng di talian 05-8291222.
Sumber: Harian Metro