Menu

68 INDIVIDU DITAHAN DALAM OPERASI 15 JAM


Operasi besar-besaran, Op Sarang selama 15 jam yang dijalankan di beberapa lokasi panas yang menjadi sarang kegiatan dadah di daerah ini berjaya menahan 68 individu, kelmarin.
 
Dalam operasi yang bermula kira-kira jam 6 pagi dan berakhir jam 9 malam, beberapa lokasi panas yang sering dijadikan sarang aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di Kajang, Balakong, Semenyih dan Taming Jaya diserbu.
 
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, pihaknya akan terus menggempur sarang penagih di daerah itu dalam usaha membanteras jenayah lain yang turut berkaitan dengan kegiatan itu.
 
Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS