Menu

SUAMI ISTERI DIDAKWA EDAR DADAH

Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 247 kilogram (kg) awal bulan ini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS