Menu

DELEGASI UNIVERSITI LIM KOK WING KUNJUNG PENGARAH JSJK

Oleh : L/Kpl Mohd Iqbal Nasruddin & Siti Nursyafiqah Zamri (Pelajar Praktikal)
Penyunting : Kpl Edwind Indo

Kuala Lumpur, 30 Mac – Delegasi Universiti Lim Kok Wing diketuai oleh Presiden Universiti Lim Kok Wing, Tan Sri Dato’ Sri Paduka Lim Kok Wing telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Dato’ Sri Mortadza Nazarene disini, di sini hari ini.

Pertemuan itu, selain merapatkan hubungan dua hala antara Presiden tertinggi Universiti dan Polis Diraja Malaysia turut membincangkan kerjasama program ‘Cyber-Crime Awareness Campaign’ bakal diadakan suatu masa ditentukan kelak.

Pengarah JSJK dalam perbincangan itu berkata, dewasa ini kepesatan komputer dan telefon pintar telah menjadi satu cara hidup masyarakat. Arus pembangunan itu dilihat mendedahkan pengguna kepada jenayah siber tanpa sedar mahupun disedari.

“Malaysia kini terdedah dan berisiko tinggi kepada ancaman jenayah siber. Berdasarkan siasatan dan kajian JSJK, dua faktor utama bagi peningkatan dalam kes-kes penipuan jenayah siber di negara ini adalah kecuaian dan kurangnya kesedaran pengguna teknologi. Sesi tersebut turut membincangkan dan mengenalpasti bantuan yang akan diperoleh oleh kedua-dua belah pihak terutama dari segi latihan”, tambahnya lagi.

Katanya lagi Polis Diraja Malaysia khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan Universiti Lim Kok Wing berharap agar kempen yang bakal diadakan ini akan mencapai matlamat untuk menjadikan Malaysia bebas daripada jenayah komersial, terutama jenayah siber.

ketibaan Presiden Universiti Lim Kok Wing
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Dato’ Sri Mortadza Nazarene ketika menyambut ketibaan Presiden Universiti Lim Kok Wing, Tan Sri Dato’ Sri Paduka Lim Kok Wing

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS