Menu

UNITED NATIONS HIGH COMMISIONER FOR REFUGEES KUNJUNG KPN

Oleh : L/Kpl Mohd Iqbal Nasruddin & Siti Nursyafiqah Zamri (Pelajar Praktikal)
Penyunting : Kpl Edwind Indo

Bukit Aman, 31 Mac – Representative of United Nations High Commisioner for Refugess (UNHCR), Mr. Richard Towle telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, pagi ini.

Pertemuan itu, selain merapatkan hubungan dua hala antara UNHCR turut membincangkan isu perlarian yang melibatkan kedua-dua negara khususnya membabitkan soal keselamatan dan ketenteraman awam.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohmad Salleh, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Dato’ Leo Chong Cheong dan Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Hj. Moh Khalil Kadir Mohd.

_MG_1531
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dan United Nations High Commisioner for Refugess (UNHCR), Mr. Richard Towle ketika perbincangan

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS