Menu

TAKTIK SEMBUNYI DADAH BAWAH TEMPAT LETAK KAKI GAGAL

Polis Kedah berjaya menahan seorang peniaga yang menyembunyikan pelbagai jenis dadah dalam sebuah beg hitam yang disorok di bawah tempat letak kaki penumpang hadapan dalam sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Anak Bukit, Kepala Batas.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supt. Rohana Omar, polis menjumpai dadah jenis heroin seberat 888.23 gram bersama syabu seberat 102.28 gram yang dianggarkan bernilai RM31,000.

Suspek kini direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS