Menu

WANITA MENGAMUK DITAHAN REMAN


Kuala Lumpur, 11 April - Seorang wanita yang mengamuk dengan membaling kerusi dan membuka pakaiannya di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Bandar Tasik Selatan, Jumaat lalu yang rakaman videonya melakukan aksi itu menjadi viral di laman sosial, ditahan reman sehingga 13 April ini.

Ketua Polls Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, perintah reman selama lima hari itu diperoleh daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sehari selepas kejadian.

Kok Sin berkata, kakak suspek telah menelefon balai polis pada pukul 11 malam pada hari kejadian selepas melihat rakaman video suspek yang viral di laman sosial.

“Kakak suspek ketika menghubungi polis memberitahu bahawa suspek tidak bekerja dan turut mengambil dadah jenis syabu,” ujar beliau.

Tambahnya, suspek disiasat mengikut Seksyen 427, 294 dan 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat, kelucahan dan mengugut.

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS