Menu

CULIK KRU KAPAL: PDRM SEDIA BANTU INDONESIA


Tawau - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia membantu pasukan keselamatan Indonesia untuk tindakan susulan berhubung kes penculikan empat kru kapal warga Indonesia di perairan selatan Filipina, berhampiran perairan Malaysia, Jumaat lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata, sehubungan itu PDRM dan pasukan keselamatan Indonesia perlu bekerjasama bagi mencari kaedah bagi penyelarasan tindakan itu.

"Kita (PDRM) akan berusaha membantu melaksanakan apa sahaja tindakan lanjut dengan pihak terlibat termasuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengenai kes culik berkenaan," katanya.

Abdul Rashid berkata demikian kepada pemberita selepas melawat seorang kru kapal itu yang cedera dalam kejadian culik itu di Hospital Besar Tawau di sini, semalam.

Sumber: Sinar Harian


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS