Menu

SOROK DADAH DALAM KAKI MEJA


Rompin - Seludup dadah dengan menyorokkannya dalam kaki meja lipat. Itu taktik digunakan seorang lelaki yang berjaya dikesan di Jeti Kampung Tekek, di sini, sekitar jam 12.05 tengah malam, kelmarin.
 
Bahan terlarang itu dipercayai cuba diseludup suspek untuk diedarkan di sekitar Pulau Tioman.
 
Rakyat tempatan berusia 36 tahun itu bekerja sebagai buruh dan mempunyai rekod jenayah narkotik kerana pernah ditangkap dua kali.
 
Hasil siasatan juga mendapati pelaku jenayah narkotik juga menggunakan bahasa isyarat seperti 'satu T’ yang merujuk kepada dadah seberat 36 gram atau 'setengah T' yang bermaksud 18 gram.
 
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, meja berkenaan dibawa masuk melalui Jeti Mersing, Johor menggunakan feri yang membawa barang-barang ke Pulau Tioman.
 
Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS