Menu

572 KOR SUKSIS TAMAT KURSUS ASAS KADET INSPEKTOR PDRM

Oleh: Kpl Shareel Shahriman & L/Kpl Irfan Bujang

Kuala Lumpur, 23 April – Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 3/2015 telah selamat berlangsung dengan jayanya di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, di sini pagi tadi.

Majlis penuh istiadat kepolisan itu dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim yang mewakili pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima tabik hormat daripada 572 Kadet Inspektor baharu yang merupakan pengambilan khas Kor Sukarelawan Siswa Siswi (KOR SUKSIS) Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang telah ditauliahkan seluruh negara.

Terdahulu, Dato' Sri Noor Rashid yang membuat pemeriksaan perbarisan turut menyampaikan hadiah kepada Inspektor Terbaik bagi empat ketegori iaitu Kategori Terbaik Akademik, Kategori Latihan Luar Terbaik Wanita, Kategori Latihan Luar Terbaik Lelaki dan Kategori Terbaik Keseluruhan.

Berucap dalam majlis tersebut, Dato' Sri Noor Rashid turut menasihatkan Kadet Inspektor yang bakal bertugas di formasi supaya mempraktikkan segala yang telah dipelajari sewaktu menjalani latihan bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap PDRM.

“Setiap pegawai polis perlu menyemai perasaan bertimbang rasa dalam diri serta boleh memahami masalah masyarakat selain boleh menangani masalah dan isu secara professional dan matang,”

“Tugas sebagai pegawai polis merupakan satu amanah dan tanggungjawab kepada negara dan kita haruslah bersedia untuk mengetepikan keselesaan dan kepentingan peribadi demi pengorbanan kepada masyarakat dan negara,” tambah beliau lagi.

Hadir sama bagi menyaksikan majlis ini ialah Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) Dato’ Jalaluddin Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Dato’ Mahamad Akhir Darus, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Zahari Yusoff, timbalan-timbalan pengarah, penolong-penolong pengarah serta pegawai-pegawai kanan PDRM.



IMG_2146
Tabik hormat daripada Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim...

_MG_4152 copy
Hormat Panglima

_MG_3453 copy
Upacara pemeriksaan baris oleh Timbalan Ketua Polis Negara...

_MG_3472 copy
Sekitar majlis..

IMG_2175
Lintas hormat..

IMG_2197
Lintas hormat..
IMG_2178
Lintas hormat..

_MG_3522 copy
Bacaan doa..

_MG_4079 copy
Bacaan ikrar..

IMG_2222
Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan – Insp/P Nor Shakila Binti Zainol Abidin...
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS