Menu

WARGA AFRIKA TUMPAS: SELUDUP DADAH DALAM PENGHAWA DINGIN

Bukit Aman, 28 April – Taktik seludup dadah dengan menjadikan penghawa dingin untuk menyeludup masuk ke Malaysia tumpas dalam serbuan yang dilancarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bersama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Bandar Mahkota Cheras, Selangor, semalam.

Bercakap di dalam sidang media hari ini, Timbalan Pengarah JSJN, DCP Dato’ Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, polis telah melancarkan dua serbuan berasingan dan berjaya merampas 20.8KG dadah disyaki jenis syabu serta menyita sebuah kereta milik anggota sindiket berkenaan.

“Pihak polis percaya sindiket yang didalangi oleh warga Afrika menggunakan kargo laut sebagai laluan masuk ke dalam negara ini”, tambah beliau lagi.

Polis turut menahan seorang suspek berumur 27 tahun warga Nigeria yang menuntut di salah sebuah universiti swasta. Suspek direman di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi siasatan lanjut.

IMG_0286
Antara rampasan dadah..

IMG_0275
Sidang media dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, DCP Dato’ Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim..

 
IMG_0301
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, DCP Dato’ Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim menunjukkan kaedah-kaedah dadah disembunyikan kepada pihak media..

IMG_0272
Antara rampasan dadah..
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS