Menu

ENAM PENUNTUT NIGERIA DICEKUP

Polis menahan enam penuntut kolej swasta dan merampas tiga ketulan mampat serta 14 bungkusan kecil berisi dadah ganja dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan SP5/2, Taman Serdang Perdana, Serdang, awal pagi Rabu lalu.

Empat penuntut lelaki dan seorang wanita warga Nigeria berusia 22 tahun ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sebuah rumah.

Pemeriksaan lanjut dalam rumah suspek menemui bungkusan plastik berisi satu ketulan mampat dianggarkan seberat 860gram dibalut dengan plastik lut sinar disyaki dadah jenis ganja dan 14 bungkusan kecil ganja dibalut dengan kertas aluminium ysng dianggarkan seberat 102 gram.

Ujian saringan awal air kencing mendapati empat penuntut kolej swasta sekitar Ampang berusia antara 25 dan 35 tahun itu positif dadah. Kes disiasat di bawah Seksven 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam serbuan berasingan, polis menahan seorang lagi penuntut kolej swasta Nigeria ketika mengadakan Ops Tapis di Jalan SP2/8, Taman Serdang Perdana, malam kelmarin.

Sumber: Sinar Harian.ENAM PENUNTUT NIGERIA DICEKUP

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS