Menu

DUA REMAJA AKTIF MENYAMUN DITAHAN


Kuala Lumpur: Rompak puluhan telefon pintar milik orang ramai sebelum dijual semula di kedai alatan komunikasi. 

Itu antara tindakan dua remaja berusia 14 dan 17 tahun yang dikesan gemar menyamun dan menakutkan orang ramai bersenjatakan pisau di kawasan Transit Aliran Ringan (LRT) Damai, Jalan Datuk Keramat, sejak awal tahun ini.

Tindakan dua penjenayah muda itu bagaimanapun ditumpaskan polis jam 4.30 petang Jumaat lalu, susulan penahanan seorang suspek di sebuah rumah di Jalan Jelatek di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan Mat Zani Che Ali berkata, dua suspek itu berjaya ditahan hasil risikan dan maklumat orang awam. 

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS