Salam sejahtera encik. Boleh saya tahu apakah peranan dan fungsi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Polis Diraja Malaysia (PDRM)?
Salam sejahtera.
PERKEP merupakan sebuah pertubuhan wanita yang dianggotai pegawai dan anggota polis wanita serta isteri-isteri warga PDRM. Persatuan ini memainkan peranan penting bagi menjaga kebajikan serta memberikan sokongan moral selain menjadi tulang belakang kepada pegawai polis dan keluarga.