Melaka - Kira-kira 200 penunggang dan pembonceng motosikal terpaksa menolak kenderaan masing-masing sejauh enam kilometer (km) selepas ditahan dalam operasi khas di Lebuh Alor Gajah-Melaka Sentral-Jasin dekat Melaka Sentral di sini semalam.
Operasi bermula pukul 11 malam diketuai pasukan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah itu bertujuan menangani kegiatan lumba haram dalam kalangan pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal.
Dalam operasi tersebut, sebanya k 209 motosikal yang dikenal pasti telah dikepung sebelum mereka diarah menolak kenderaan masing-masing ke IPD Melaka Tengah untuk tindakan selanjutnya dengan diiringi empat kereta peronda polis bersama 80 anggota.
Sebanyak 95 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk cukai jalan tamat tempoh, tiada lesen memandu dan melakukan pengubahsuaian yang tidak dibenarkan.