Seremban - Polis menahan dua wanita dan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang bekas pengurus syarikat pembersihan berusia 53 tahun di sebuah rumah di Bandar Baru Nilai dekat sini pada Khamis lalu.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd. Yusof berkata, suspek wanita masing-masing berusia 46 dan 39 tahun manakala lelaki yang ditahan berusia 33 tahun.