Menu

WARGA THAILAND MILIKI PISTOL KENA TAHAN


Alor Setar - Polis menahan seorang lelaki warga Thailand kerana didapati memiliki sepucuk pistol buatan sendiri bersama empat peluru dan sebilah pisau yang disembunyikan di bahagian belakang treler dipandunya di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Kilometer 1.3, dekat sini, Rabu lalu.
 
Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya, berkata tangkapan dibuat pada jam 1.30 tengah hari apabila suspek yang berusia 38 tahun melalui sekatan jalan raya di KM 1.3 PLUS menghala ke Thailand, sebelum anggota Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) menemui sebuah beg hitam mengandungi semua senjata berbahaya itu.
 
Sumber: Berita Harian
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS