Menu

POLIS KELUARKAN 36 SAMAN TERHADAP PEMANDU TEKSI HALANG LALU LINTAS

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) mengeluarkan sebanyak 36 saman dan 21 notis terhadap pemandu teksi yang meletakkan kenderaan sehingga menghalang lalu lintas menerusi Op Halangan di Kuala Lumpur.

Serarnai 27 pegawai serta anggota Bahagian Penguatkuasaan dan Operasi dikerahkan menerusi operasi selama tiga jam bermula jam 11 pagi itu.

Sebanyak 36 saman dikeluarkan dalam operasi yang dijalankan membabitkan lapan lokasi iaitu Jalan Bukit Bintang, Kedutaan Indonesia. Pavilion, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tan Cheng Loke, KLCC, Jalan Petaling dan Jalan Sultan.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS