Menu

POLIS TAHAN PEMUDA GUNA NOMBOR PENDAFTARAN PALSU

Kononnya mahu mencantikkan nombor pendaftaran kenderaan, seorang lelaki berusia 25 tahun menerima padah apabila dia dikenakan tindakan atas kesalahan penggunaan nombor pendaftaran palsu.

Suspek yang berasal dari Pulau Pinang itu ditahan dalam Op Pelbagai Kesalahan diketuai DSP Faizal Razali bersama 12 pegawai dan 16 anggota di Kuala Lumpur.

Lelaki itu ditahan selepas pemeriksaan polis mendapati dia mengubah nombor '1' kepada abjad 'i' dengan alasan mahu mencantikkan nombor pendaftaran Honda Jazz yang dipandunya.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS