Menu

TAKTIK SOROK SYABU DALAM LAMPIN GAGAL

Taktik tiga lelaki menyorokkan dadah disyaki jenis syabu di dalam kotak berisi makanan herba dan lampin pakai buang tidak menjadi selepas mereka ditahan dalam dua serbuan berasingan di Jalan Song dan Jalan Canna, Kuching.

Serbuan yang dijalankan pada pukul 9 pagi dan 12.05 tengah malam itu, dadah disyaki jenis syabu seberat 1.27 kilogram (kg) dianggar bernilai RM355,964 berjaya dirampas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Superintendan Lukas Aket berkata, turut ditahan dalam serbuan tersebut ialah tiga lelaki termasuk dua warga asing yang berusia antara 28 hingga 46 tahun.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS