Pembekal yang berpengalaman/berkeupayaan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang/taraf yang berkenaan adalah dipelawa mengemukakan sebut harga bagi pembekalan seperti berikut:-
No. Sebut Harga | Perkara | Bidang Pendaftaran | Taraf Sebut Harga | Lawatan Tapak |
BA (B) SH 38/2016 | KERJA-KERJA PEMBAIKAN BUMBUNG, PAIP DAN KEROSAKAN ELEKTRIK SERTA PEMBAIKAN BERKAITAN DI MESS PEGAWAI KANAN IBU PEJABAT POLIS BUKIT AMAN KUALA LUMPUR. | KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA CIDB (GRED G2 KATEGORI B & ME) | TERBUKA | BILIK MESYUARAT TINGKAT 11, MENARA 1, BHG PEMBANGUNAN/PENYELENGGARAAN JABATAN SUMBER STRATEGIK DAN TEKNOLOGI BUKIT AMAN PADA 21/06/2016 JAM 1130 HRS. |
Dokumen sebut harga boleh diperolehi mulai
17/06/2016 di
Portal Rasmi Perolehan Kerajaan Malaysia http://home.eperolehan.gov.my dengan mengemukakan Salinan Sijil (fotostat) dan menunjukkan Sijil Asal Akuan Pendaftaran Kontraktor dalam bidang berkaitan dan/atau Sijil Pendaftaran Kontraktor Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.
Sila beri sebut harga untuk bekalan barang-barang/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
- Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat berlakri dan bertanda :
BA (B) SH 38/2016 - Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga No : 04 di alamat di atas tidak lewat daripada 28/06/2016 jam 12.00 tengah hari.
- Tempoh sahlaku sebut harga hendaklah 90 HARI .