Menu

USAH PANIK VIDEO POCONG PENYAMUN

USAH PANIK VIDEO POCONG PENYAMUNOrang ramai tidak pcrlu panik atau bimbang dengan penyebaran video pocong yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook kononnya kumpulan penyamun membuat penyamaran menyerupai hantu melakukan jenayah di Jalan Sungai Ular, di sini. 

Dalam video berdurasi 54 saat dimuat naik oleh pemilik akaun dikenali sebagai Tok Jangut berkenaan sejak kelmarin menunjukkan pemandu sebuah kenderaan terserempak dengan makhluk berselubung kain putih di tepi jalan menghampiri mereka 

Berikutan itu, pemilik akaun menasihati orang ramai yang melalui laluan terbabit supaya berhati-hati kerana ada pihak menyamar sebagai pocong mengambil kesempatan ke atas pemandu hingga menyebabkan mereka terbabas. 

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis mengenai kejadian terbabit. 

Polis berharap orang ramai tidak menyebarkan maklumat palsu kerana ia boleh menimbitlkan panik.

Sumber : Harian Metro
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS