Menu

SEKUMPULAN REMAJA, KANAK-KANAK DITAHAN HIDU GAM


Kota Kinabalu - Tindakan sekumpulan remaja dan kanak-kanak yang mengadakan pesta menghidu gam di atas bumbung rumah kedai di Kampung Air, di sini, sehingga menjadi viral di laman sosial, berakhir apabila diserbu polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, seorang kanak kanak lelaki dan empat remaja termasuk dua perempuan ditahan untuk tindakan lanjut.

"Dalam serbuan jam 9.55 pagi tadi (semalam), semua ditahan berusia lingkungan sembilan hingga 17 tahun," katanya.

Menurut Chandra, siasatan mendapati tiga daripada mereka mempunyai dokumen dan akan dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk kaunseling dan tin dakan lanjut.

Sumber: Harian Metro


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS