Cheras, 24 Jun – SAC Shafie Ismail memulakan tugas sebagai Komander Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras yang baharu berkuat kuasa hari ini.
SAC Shafie yang merupakan Ketua Polis Perlis sebelum ini mengantikan SAC Dato’ Mohd Rodzi bin Ismail yang bersara wajib.
Majlis Serah Terima Tugas tersebut berlangsung di Dewan Perdana, Bangunan Ibu Pejabat Briged Tengah PGA, di sini dengan disaksikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (PGA) DCP Dato’ Azman Yusof.
Turut diadakan adalah Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengerusi Persatuan Kebajikan Polis (PERKEP) Briged Tengah PGA, Datin Hamisah Ahmad kepada Puan Susan Chiang Wai Leng dengan disaksikan oleh Timbalan Pengerusi PERKEP 2 Jabatan KDNKA, Datin Fatimah Ismail.
Sebelum itu telah diadakan Majlis Perbarisan Persaraan Komander Briged Tengah PGA pada pagi tadi di Padang Kawad Briged Tengah PGA Cheras, Kuala Lumpur.
DCP Dato’ Azman dalam ucapannya mengucapkan penghargaan kepada SAC Dato’ Rodzi Ismail yang akan bersara wajib sementara beliau telah memberikan kepercayaan kepada SAC Shafie Ismail sebagai peneraju baharu Briged Tengah PGA.
“Komander yang dilantik ini telah diberi kepercayaan penuh bagi menjalankan tugas dan kewajipan kerana Jabatan KDNKA ini merupakan satu elemen yang amat penting khususnya dalam menghadapi ancaman ketenteraman awam di negara ini,” ujar beliau.
Turut hadir Timbalan Pengarah KDNKA (Kepolisan AM), Dato’ Amer Haji Awal, Komander-Komander Unit di Jabatan KDNKA dan Pegawai-pegawai kanan PDRM.
SAC Dato’ Mohd Rodzi menyerahkan dokumen jawatan kepada SAC Shafie Ismail sambil disaksikan oleh DCP Dato’ Azman Yusof.
SAC Dato’ Mohd Rodzi menyerahkan 'Tongkat Kuasa' kepada SAC Shafie Ismail sambil disaksikan oleh DCP Dato’ Azman Yusof.
Datin Hamisah Ahmad menyerahkan dokumen jawatan kepada Puan Susan Chiang Wai Leng sambil disaksikan oleh Datin Fatimah Ismail.
Gambar Kenangan
Sekitar majlis persaraan.
SAC Dato’ Mohd Rodzi bin Ismail sempat melambaikan tangannya ketika meninggalkan Ibu Pejabat Briged Tengah PGA, Cheras.