Polis sudah merekodkan keterangan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam Datin Wong Siew Ling, 32, yang dilembak mati di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, Rabu lalu.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan Perundangan) Kuala Lumpur, ACP Mohd Hanafiah Arshad berkata, pihaknya sebelum ini memaklumkan mengambil keterangan daripada 10 individu termasuk suami dan ahli keluarga mangsa.
Dua lagi individu diambil keterangan semalam membabitkan dua anak mangsa dibunuh bagi membantu siasatan.
Sumber: Harian Metro