Menu

PDRM CADANG TAMBAH PENDEKATAN BAHARU OP SELAMAT AKAN DATANG

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp Asif Jamaluddin

Kuala Lumpur, 22 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bercadang memberikan tumpuan kepada pendekatan pendidikan dan pembudayaan masyarakat berhemah ketika memandu bagi mengekalkan penurunan kadar kematian kemalangan jalan raya kata Timbalan Ketua Polis, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim ketika merasmikan Majlis Penutupan Op Selamat 9/2016 di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini, hari ini.

Beliau dalam ucapannya berkata, Ibu Bapa, Guru-Guru, Badan-Badan Penguatkuasa dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) harus memainkan peranan penting dalam menerapkan budaya berhemah di jalan raya kepada generasi muda-mudi.

Dalam pada itu, PDRM turut mencadangakan agar pelaksanaan beberapa operasi komprehensif penguatkuasaan jalan raya terutamanya semasa tempoh musim perayaan.

Katanya lagi, cadangan pelaksanaan operasi itu sedang dikaji dengan teliti oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bagi memastikan kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan seminimun mungkin.

"Kami sudah mengenal pasti 78 kawasan hitam di seluruh negara iaitu kawasan yang sering berlaku kemalangan. Maka operasi penguatkuasaan jalan raya ini perlu diteruskan dan bukan harus ditumpukan pada musim perayaan sahaja," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penganugerahan surat penghargaan Op Selamat di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara berkata, kaedah pelaksanaan operasi itu memberi perhatian kepada enam kesalahan utama seperti memandu melebihi had laju, menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan, menggunakan alat telekomunikasi semasa memandu, gagal mematuhi lampu isyarat dan memotong garisan berkembar.

Turut hadir ialah Pengerusi Telekom Malaysia Berhad, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sulaiman Mahbob, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Dato’ Mahamad Akhir Darus, Pengarah-Pengarah PDRM, Wakil-wakil Agensi Kerajaan dan NGO, tetamu jemputan dan rakan media.

_MG_2046
Timbalan Ketua Polis, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim beramah mesra dengan penerima anugerah pemandu berhemah

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS