Menu

PENAGIHAN DADAH: AIR KETUM CAMPUR PIL KUDA-POLIS KELANTAN

Polis Kelantan mengesan cara penagihan baharu iaitu dengan mencampurkan dadah sintetik pil kuda ke dalam air ketum bagi meningkatkan lagi rasa khayal.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Ab, Rahman Ismail berkata, kaedah terbaharu itu terbongkar selepas pihaknya berjaya mengesan dua kes sepanjang tahun ini di negeri ini.

Hasil sisatan mendapati, penagih memberi alasan air daun ketum yang pahit menyebabkan formula baharu dicipta iaitu dengan mencampurkan pil kuda serta susu kultur.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS