Menu

2 SUSPEK BANTU SIASATAN


Kuala Lumpur - Polis Kontinjen Kuala Lumpur kini sedang berusaha mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung jenayah narkotik.

Suspek dikenali sebagai N Nadarajah, 34, dan M K Puspanathan, 27, dikehendaki mengikut peruntukan Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Guan Beng Kang berkata, pihaknya kini sedang giat menjejaki kedua-dua suspek.

Menurutnya, maklumat boleh disalurkan kepada pegawai terbabit, Deputi Superintendan Ahmad Dahuri Mohamed Isa di talian 03-2146 0522.

Sumber: Harian Metro


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS