Cheras, 16 Ogos 2016 – SAC Adzaman bin Mohd Jan memulakan tugas sebagai Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan AM (PGA) Cheras yang baru berkuatkuasa 16 Ogos 2016.
SAC Adzaman bin Mohd Jan yang merupakan SAC Kepolisan Am, Jabatan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) sebelum ini menggantikan SAC Shafie bin Ismail sebagai Komander Briged Tengah PGA, manakala SAC Shafie bin Ismail pula mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh SAC Adzaman Mohd Jan di KDN/KA.
Majlis Serah Terima Tugas tersebut berlangsung di Dewan Perdana, Tingkat 1, Ibu Pejabat Briged Tengah PGA, disaksikan oleh YDH DCP Dato’ Azman bin Yusoff.
Turut diadakan adalah Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP Briged Tengah PGA diantara Puan Nor Ani Sah binti Othman kepada Puan Rosnah binti Abd Rahman dengan disaksikan oleh Datin Fatimah binti Ismail, Naib Pengerusi PERKEP II, Jabatan KDNKA.

Sekitar sesi tandatangan dokumen serah terima tugas di antara SAC Adzaman bin Mohd Jan dan SAC Shafie bin Ismail di Dewan Perdana, Tingkat 1, Ibu Pejabat Briged Tengah PGA dengan disaksikan oleh YDH DCP Dato’ Azman bin Yusoff (Tengah)..

Sekitar sesi pertukaran dokumen serah terima tugas di antara SAC Adzaman bin Mohd Jan dan SAC Shafie bin Ismail di Dewan Perdana, Tingkat 1, Ibu Pejabat Briged Tengah PGA dengan disaksikan oleh YDH DCP Dato’ Azman bin Yusoff (Tengah)..

Sekitar sesi tandatangan dokumen serah terima tugas Pengerusi PERKEP Briged Tengah PGA di antara Puan Nor Ani Sah binti Othman kepada Puan Rosnah binti Abd. Rahman dengan disaksikan oleh Datin Fatimah binti Ismail, Naib Pengerusi PERKEP 2, jabatan KDN/KA.

Sekitar sesi pertukaran dokumen serah terima tugas Pengerusi PERKEP Briged Tengah PGA di antara Puan Nor Ani Sah binti Othman kepada Puan Rosnah binti Abd. Rahman dengan disaksikan oleh Datin Fatimah binti Ismail, Naib Pengerusi PERKEP 2, jabatan KDN/KA.