Seramai 97 individu termasuk sembilan lelaki tempatan dan 87 warga China berusia lingkungan 30-an yang dipercayai terlibat dalam penipuan Macau Scam ditahan di tiga buah kilang dan sebuah banglo di sekitar Pulau Pinang.
Serbuan dalam tempoh lima jam bermula pada pukul 12 tengah itu dijalankan oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman bersama JSJK Pulau Pinang selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai aktiviti mencurigakan di premis-premis terbabit.
Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, selain warga tempatan dan China, seorang lagi yang turut ditahan dalam serbuan di Juru dan Prai, Pulau Pinang itu ialah warga Taiwan.
turut dirampas dalam operasi terbabit adalah empat buah kenderaan dan per-alatan komunikasi bemilai kira-kira RM400,000.
Sumber: Utusan Malaysia