Menu

927 PELATIH KOR SUKSIS UNIVERSITI AWAM TAMAT LATIHAN

.
Serdang, 21 Ogos 2016 - Seramai 927 pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa dan Siswi (Kor SUKSIS) dari 19 buah Universiti Awam seluruh Malaysia diraikan dalam upacara Perbarisan Tamat Latihan dan Pentauliahan Kor SUKSIS Universiti Awam se-Malaysia kali ke-12 di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia (UPM), pagi tadi.

UPM dipilih sebagai tuan rumah untuk upacara tamat latihan pada tahun ini dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim sendiri telah hadir bagi mewakili pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Antara pelatih Kor SUKSIS dari Universiti Awam yang terlibat dalam upacara tamat latihan pada tahun ini adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan banyak lagi.

Berucap dalam majlis tersebut, Tan Sri Dato Sri’ Noor Rashid Ibrahim menyifatkan Kor SUKSIS sebagai salah satu mekanisme untuk menyemaikan nilai moral dan patriotik di kalangan siswazah bagi membentuk masyarakat Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama.

"Segala ilmu pengetahuan dan bakat kepimpinan yang digilap menerusi latihan ini diharap dapat diterjemahkan melalui kesinambungan sebagai pelapis dan pewaris generasi baharu dalam PDRM yang akan menentukan masa depan negara," ujar beliau.

Seramai 19 pelatih telah dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan mewakili setiap Universiti Awam yang terlibat.

Turut hadir Naib Canselor UPM, Profesor Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Dato’ Acryl Sani Hj.Abdullah Sani, Ketua-ketua Polis Negeri, Timbalan Ketua Polis Selangor, Dato' Haji Mohd Fuad Abd Latiff,  Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM merangkap Komandan Kor SUKSIS UPM, ACP/KS Profesor Dato’ Dr. Mohamad Shatar Sabran, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Kamel Mohamad, tetamu kehormat dan dif-dif jemputan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim menerima Hormat Panglima di pentas utama

Pemeriksaan perbarisan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim menyampaikan hadiah kepada Pelatih Terbaik Keseluruhan daripada setiap Universiti Awam

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim menyampaikan hadiah kepada Pelatih Terbaik Keseluruhan daripada setiap Universiti Awam

Sekitar Upacara Perbarisan Tamat Latihan dan Pentauliahan Kor SUKSIS Universiti Awam se-Malaysia kali ke-12 di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia (UPM)

Sekitar Upacara Perbarisan Tamat Latihan dan Pentauliahan Kor SUKSIS Universiti Awam se-Malaysia kali ke-12 di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia (UPM)

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim menyampaikan sijil kepada pelatih KOR SUKSIS

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim menyampaikan sijil kepada pelatih KOR SUKSIS

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS