Menu

KUMPULAN PENAGIH CURI ALAT PELAYARAN DIBERKAS DI LANGKAWI

Langkawi, 22 Ogos 2016 - Polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes kecurian barangan kelengkapan pelayaran di Langkawi selepas menahan tiga penagih dadah baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Dr Che Ghazali Che Awang berkata kesemua suspek yang berumur antara 25 dan 43 tahun itu diberkas pada 12 Ogos lepas dan polis menemui semula pelbagai jenis alat pelayaran yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM30,000.

"Peralatan ini termasuk tiga enjin sangkut, satu alat penentuan kedudukan global (GPS), dua alat pengesan kawasan ikan, satu pam angin dan satu gulung tali layar," katanya di sini hari ini.

Menurutnya kesemua suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine dan telah cuba menjual barangan hasil curi mereka. 

"Kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan akan didakwa kerana mencuri dan penyalahgunaan dadah," katanya. - BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS