Menu

SUSPEK KES PECAH RUMAH DIBERKAS

Seorang lelaki berusia 27 tahun yang dikehendaki polis bersabit kes pecah rumah dan curi Perodua Myvi berjaya diberkas dalam serbuan yang dijalankan di sebuah rumah di Taman Jati, Rawang, pada 14 Ogos lalu.

Suspek menyembunyikan diri selama hampir dua tahun selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan. Suspek bertindak melarikan diri semasa mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh sehingga polis menjalankan Op Kesan.

Serbuan turut menemui sebuah beg berwarna hitam mengandungi enam bungkusan plastik lut sinar disyaki dadah seberat 361 gram.

Sumber: Sinar Harian



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS