Perbuatan terdesak dua beradik kembar cuba menyamun kedai emas untuk mencari duit membayar hutang ah long membawa padah apabila mereka diberkas polis di Teluk Kalong dekat sini Jumaat lalu.
Mereka berasal dari Cheras, Selangor yang dikenali sebagai Geng Amir Kembar dipercayai cuba merompak dua kedai emas di pusat komersial Sura Gate dan Kuala Dungun, Dungun masing-masing pada 20 Ogos dan Khamis lalu.
Bagi kedua-dua percubaan menyamun terbabit, dua beradik lelaki yang mempunyai wajah seiras berusia 25 tahun itu menggunakan modus operandi sama iaitu menyamar sebagai wanita dan orang alim dengan bersenjatakan pistol tiruan.
Kedua-dua suspek direman selama empat hari hingga Selasa ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan, Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 25(l)(e) Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
Sumber: Kosmo